Tuesday 2 October 2012

Fenomena Matahari Halo

  Fenomena Matahari Halo 





Penduduk di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya gempar dengan kejadian Fenomena Halo Matahari yang disifatkan jarang-jarang berlaku.

Fenomena apabila Matahari kelihatan di kelilingi Pelangi itu mula kelihatan kira-kira jam 1 tengahari sehingga Jam 2 petang.

Ia berlaku disebabkan suhu udara di atas amat sejuk sehingga menyebabkan titisan air sedang membeku dan menjadi kristal dan berlaku pembiasan cahaya Matahari dan pecah membentuk lingkaran pelangi.

Beberapa pengguna Facebook mengambil kesempatan memuat naik gambar fenomena itu ke media sosial.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). 

Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs.
 Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari.
Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. 

Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo.
Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.







No comments:

Post a Comment

ONLINE KUIZ